Cincin emas takkan tampan bermata kaca. | Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mendapat cincin ijuk. | Mendapat barang yang tidak berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cincin dengan permata. | Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin. | Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti cincin dengan permata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jari kudung dimasukkan cincin. | Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si kudung beroleh cincin. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. | Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |