| Minum cuka pagi hari. | Bermuka masam sepanjang hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak tengguli ditukar cuka. | Pertukaran yang amat bertentangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. | Menunjukkan kebencian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka. | Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |