Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cairan yg masam rasanya (biasanya dibuat drpd nira kabung, nyiur, dll); ~ belanda cuka yg dibuat drpd anggur dll melalui proses kimia, asid asetik; ~ getah asid utk membekukan getah, asid formik; ~ jawa cuka yg dibuat drpd nira; minum ~ pagi hari = ~ diminum pagi hari prb bermuka masam kerana benci atau marah akan sesuatu; mencuka ki menjadi masam spt cuka (bkn wajah, muka) kerana marah, geram, dll: Cik Zabedah mengekorinya dgn wajah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cairan yg masam rasanya (biasa­nya dibuat drpd nira). ~ getah asid utk membekukan getah; asid formik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuka

Puisi
 

Ikan tenggiri makan menyambar,
     Cuka-cuka dalam peti;
Bila berpucuk daunnya lebar,
     Akar menjalar ke sana ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bak tengguli ditukar cuka.

Bermaksud :

Pertukaran yang amat bertentangan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

477

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang saya, tak ada wang abang payah? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Minum cuka pagi hari.Bermuka masam sepanjang hari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak tengguli ditukar cuka.Pertukaran yang amat bertentangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka.Menunjukkan kebencian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka.Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas