Cupak tegak yang diisi. | Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang). | Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cupak berkeesaan. | Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis cupak dari pelelehan. | Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. pelelehan (leleh) = tiris, bocor. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membawakan cupak ke negeri orang. | Memakai adat-istiadat sendiri di negeri orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk dengan cupak dan gantang. | Ketua yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teleng bagi cupak hanyut. | Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lenggang lenggok bagai cupak hanyut. | Gaya langkah yang lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |