Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : sl keris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (ku­rang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wa­sangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ri.ga] | چوريݢ

Definisi : 1 berperasaan kurang percaya (spt menyangka orang akan berbuat jahat); syak; waswas: Apabila pemuda itu mena­nyakan sesuatu yg bukan-bukan kpdnya, ia pun mula ~. 2 berhati-hati; berjaga-jaga (kerana syak atau sangsi akan sesuatu): Kita mestilah sentiasa ~ kerana banyak penipu yg mengaku sbg wakil sesuatu badan kebajikan. mencuri­gai kurang percaya kpd; mengesyaki: Kami masih ~nya. mencurigakan menimbulkan rasa kurang percaya: Gerak-gerinya itu sangat ~. kecurigaan hal atau keadaan curiga; syak wasangka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata curiga

Peribahasa

Katak menggigit telunjuk,
     melihatkan ular sudah menjadi belut.

Bermaksud :

Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas