| Dada manusia tidak dapat diselam. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belah dada lihatlah hati. | Berkata benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Isi dada bekal berjalan. | Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seluas dada tuma. | Sangat sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tepuk dada tanya selera. | Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Susu di dada tak dapat dielakkan. | Nasib yang tak dapat ditolak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar luka di dada, jangan luka di belakang. | Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Meraih pekung ke dada. | Sengaja mencari malu atau becana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencabik baju di dada. | Menceritakan aib kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menarik pangkur ke dada. | Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |