| Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua. | Sudah terlambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dagangan bersambut yang dijualnya. | Cerita daripada orang lain yang diceritakannya. dagangan bersambut = barang amanah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jemur terkekar ayam tiba. | Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menyandang galas tiga. | Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyandang lukah tiga). galas tiga = tiga bungkus dagangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat. | Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |