Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)

621

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang.Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemak penyelar daging.Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang.Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak kurus daging menimbun.Orang kaya yang berpura-pura miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak sakit daging menimbun.Orang kaya yang berpura-pura miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Awak kurus daging menimbun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan diajar anak harimau makan daging.Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. (Bandingkan dengan: Anak harimau diajar makan daging).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai duri dalam daging.Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersukat darah, bertimbang daging.Melawan sampai mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil. memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kuku dengan isi (= daging).Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas