Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. | Anak gadis dalam pingitan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pukul anjing tengok-tengok tuannya. | Berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu pekerjaan ataupun ketika mengatakan sesuatu supaya badan selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |