Menjemur bangkai ke atas bukit. | Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Segar dipakai layu dibuang. | Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi. | Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. | Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban berat senggulung batu. | Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Durian seambung dengan timun. | Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu. | Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |