| Dalam berselam, dangkal berjingkat. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan. | Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pandai menyelam air dangkal. | Pandai membawa diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok. | Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. kumbah = mencuci dalam air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air lalu kubangan tohor. | Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dalam menyelam, cetek bertimba. | Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Dalam berselam, dangkal berjingkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |