| Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Datang tak berjemput, pulang tak berhantar. | Tetamu yang tidak penting. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Datang seperti ribut, pergi seperti semut. | Tentang penyakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. | Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang. | Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Deras datang dalam kena. | Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Malang tiada datang tunggal. | Malang yang bertimpa-timpa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sirih berlipat datang sendiri. | Mendapat orang yang dicintai dengan tak payah berusaha; beroleh keuntungan dengan mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laut datang memunggah mutiara. | Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |