Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ya] | داي

Definisi : 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : ; barat ~ mata angin atau arah di antara barat dgn selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ya] | داي

Definisi : 1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Hendak seribu daya,
     tak hendak seribu upaya.

Bermaksud :

Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jerat serupa jerami.Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Main akal (= budi).Mengenakan tipu daya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak beras antah dikisik.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai.Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai ayam diasak malam.Tidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memasukkan (= mengenakan, menjalankan) jarum halusnya.Mengenakan tipu daya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas