Air susu dibalas dengan air tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tuba dibalas dengan air susu. | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya. | Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertemu teras dengan beliung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya. | Memuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertukar beruk dengan cigak, mengimbuh dengan kera. | Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas. | Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. | Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |