Berdua terkunci, bertiga terbuka. | Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertelingkah bagai antan di lesung. | Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas. | Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. | Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teras terunjam, gubal melayang. | Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |