| Di bawah lancung nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. di bawah lancung = di bawah barang yang palsu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Di bawah ketiak orang. | Di bawah kekuasaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Besar di bawah pisang goyangan, besar di bawah tebu berlengkar. | Besar dengan didikan yang sederhana saja; belum ada pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Di bawah lantai nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Tersenget-senget bagai katung di bawah reba. | Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Berteduh di bawah betung. | Mendapat pertolongan yang tidak memadai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Katak di bawah tempurung. | Sangat picik pengetahuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Telaga di bawah gunung. | Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Bagai dekan di bawah pangkal buluh. | Pandai menyembunyikan rahsia. dekan = ulat yang makan buluh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Dicari cempedak di bawah kerambil. | Mencari tidak pada tempatnya. kerambil = kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |