Meletup di sana, di sini bunyinya. | Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain bengkak lain bernanah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain bengkak lain bernanah. | Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebanyak hutang si Jibun. | Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana menerkam. | Tidak mengendahkan bahaya, kerana melihat barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik. | Orang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang. Si kutuk = sebenarnya sekutuk. Satu kutuk sama dengan 4 genggam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi bapa kuda. | Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai anjing tersepit di pagar. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing terpanggang ekor. | Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |