Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di tempat itu: Tadi dia ada di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di situ

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ijuk sebelembang,
     tali di situ keluan di situ.

Bermaksud :

Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Situ (= di situ-situ) juga gendang berbunyi.Sama saja, tak berubah (tentang perundingan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh.Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak berasak tunas dari tunggul.Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi teluk ulakan air.Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana tumbuh, di situ disiang.Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil.Di mana banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan.Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas