Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang,
     dia mendapat anak;
apabila orang kaya menghendaki anak,
     dia mendapat wang.

Bermaksud :

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(18)

475

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Kata periuk belanga hitam

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Kata periuk belanga hitam, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(106)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk.Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding. belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan.Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia.Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sang genap: ada orang adalah dia.Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jaras katanya raga jarang.Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jaras dikatakan raga jarang.Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu.Siapa yang mencari jalan hendak menjatuhkan orang, maka dia sendiri kelak akan mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas