Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialah

Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(13)

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Siapa gatal dialah menggaruk.Siapa yang berkehendak, dialah yang harus berbuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu.Siapa yang mencari jalan hendak menjatuhkan orang, maka dia sendiri kelak akan mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa sakit, siapa menyiuk.Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh, b. Siapa makan cabai [= lada], ialah berasa pedas [= kepedasan]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa berkotek, siapa bertelur.Siapa yang dulu bersuara, dialah yang mengerjakan apa yang disuarakannya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa melejang, siapa patah.Siapa yang hendak beroleh keuntungan dialah yang harus menanggung rugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seruas tebu yang berulat, seruas dibuangkan.Siapa yang berbuat salah, dialah yang dihukum. (Bandingkan dengan: Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah.Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa makan cabai (= lada), ialah berasa pedas (= kepedasan).Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh.Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur, b. Siapa berkotek, siapa bertelur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas