Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam-diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Diam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat.Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diam-diam lepu.Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat diam-diam lepu.Berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mempercocok-daunkan orang.Bermuafakat dengan diam-diam untuk menipu orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air mata jatuh ke perut.Berdukacita dengan diam-diam. (Peribahasa lain yang sama makna: Air mata jatuh ke dalam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air mata jatuh ke dalam.Berdukacita dengan diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakar tak berapi.Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dalam lipatan.Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Juadah sudah dijilat cicak.Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti gunting makan dihujung.Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas