Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Condong ditumpil, lemah dianduh. | Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan. ditumpil = ditunjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |