Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan. | Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang tegak disokong, yang lemah ditopang. | Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang teguh disokong, yang rebah (= rendah) ditindih. | Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |