Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibawa

Puisi
 

Bunga dibawa dari Deli,
     Kembang tengah tiga cabang;
Tuan jual saya beli,
     Kalau tidak saya menumpang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Tiada dibawa orang sehilir semudik.

Bermaksud :

Tersisih daripada pergaulan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tidak dibawa orang sejambar semakan.Orang yang tersisih daripada pergaulan (kerana sombong, kelakuan yang buruk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada dibawa orang sehilir semudik.Tersisih daripada pergaulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai getah dibawa ke semak.Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bala lalu dibawa singgah.Sengaja mencari kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam dibawa ke lampok.Orang yang tak pernah masuk majlis. lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakapan sejengkel dibawa sehasta.Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Percakapan sejengkal dibawa sehasta.Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Ukur baju di badan sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ukur baju di badan sendiri.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang si tegang dibawa mengetul.Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas