Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayar

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecil hutang diansur,
     habis hutang dibayar.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Utang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar.Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Turun ijuk turun pepatil.Barang yang dibeli hendaklah dibayar. pepatih (patil) = rimbas (beliung) kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Samir tak habis, kajang pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). samir = daun nipah yang dikeringkan dipakai untuk menutup muatan: kajang = sebangsa tikar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula.Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiap gila tiap berkongkong; tiap mandi tiap bergosok.Orang yang berperkara (berbicara di mahkamah), tiap kali perkara dimajukan tiap kali dibayar wang mejanya. kongkong = kayu belenggu orang gila.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas