| Anak harimau jangan dibela pelihara. | Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebusuk-busuk daging dikincah, dimakan juga; seharum-harum tulang, dibuang. | Kaum kerabat yang berbuat salah, dibela dan dibersihkan namanya daripada kesalahan itu, tetapi kalau orang lain didiamkan saja. kincah (mengincah) = membersihkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lagi jatuh ditimpa tangga. | Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a.Sudah basah kehujanan, b. Sudah dieban, dibela pula, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah jatuh ditimpa tangga, e. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |