| Dijual sayak, dibeli tempurung. | Yang baru tidak berbeza daripada yang lama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mahal dibeli sukar dicari. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. | Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Perbezaan lain yang sama makna: Mahal dibeli sukar dicari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah dijual maka dibeli. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Turun ijuk turun pepatil. | Barang yang dibeli hendaklah dibayar. pepatih (patil) = rimbas (beliung) kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |