Seperti anjing kepala busuk. | Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebu pada awak, peria pada teman. | Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disambut dengan penyapu tak bersimpai. | Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |