Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diberi

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Diberi bertali panjang.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).

 

Lihat selanjutnya...(46)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi bertali panjang.Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Diberi berpadang luas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti Belanda minta tanah.Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Diberi betis hendak paha, c. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi bahu, hendak kepala.Perihal anak yang dimanjakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi berpadang luas.Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika.Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan.Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diminta tebu diberi tembarau.Yang diberi berlainan daripada yang diminta. tembarau = gelagah, temerau.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing diberi makan nasi takkan kenyang.Sia-sia memberi basihat yang baik kepada orang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gembala diberi keris.Pemberian yang tidak berfaedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas