Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik. | Barang yang tiada berguna kepada orang kaya (besar), barulah diberikan kepada orang miskin (hina dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Unjuk yang tidak diberikan. | Menjanjikan sesuatu, tetapi hanya perkataan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pembasuh tangan bidan. | Hadiah yang diberikan kepada seseorang yang telah menolong melepaskan sesuatu pekerjaan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. | Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |