Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibilang

Puisi
 

Singapura dipukul ribut,
     Tidak menyama tanah seberang;
Di mulut naga lagi kurebut,
     Jangan dibilang di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari.

Bermaksud :

Sangat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(6)

103

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Belum menetas sudah dibilang

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum menetas sudah dibilang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dibilang genap, dipapar ganjil.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari.Sangat sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum menetas sudah dibilang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum beranak sudah ditimang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas