Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah. | Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awal dibuat, akhir diingat. | Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukan kudis dibuat pekung. | Bukan perkara atau kesalahan kecil yang dibesar-besarkan. (Bandingkan dengan: Kudis menjadi tokak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Perut kosong, dibuat gulai. | Keinginan timbul bila dalam kekurangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah pinta dibuat sempena. | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. | Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. | Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggenggam erat, membuhul mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pahit dulu, manis kemudian. | Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati. | Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |