| Bagai murai dicabut ekor. | Perempuan yang suka bercakap banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diasak (= pindah) layu, dicabut mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. | Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan. rambah = membabat, menebangi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Galas terdorong kepada Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gadai terdorong ke (pada) Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati. | Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam, dibubut = dicabut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |