Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dicari

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Hilang dicari,
     terapung direnangi,
terbenam diselami.

Bermaksud :

Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(24)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dicari cempedak di bawah kerambil.Mencari tidak pada tempatnya. kerambil = kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami.Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu.Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada beban dicari (= mencari) beban.Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak beban, batu digalas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Musuh jangan dicari-cari (=diadang), bersua jangan dielakkan.Permusuhan jangan dicari-cari dan jangan pula mengelak kalau terpaksa. diadang = ditunggu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka.Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mahal dibeli sukar dicari.Sesuatu yang amat susah diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing lepas senja.Sukar dicari; merasa senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan merempuh sarang lebah.Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas