Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. | Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati dicatuk katak. | Orang kuat dialahkan oleh orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Gajah mati dicatuk katak). catuk = patuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harimau mati kerana belangnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |