Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ulat (kata nama)
Bersinonim dengan berengga, olong-olong, larva, beluncas, ulat bulu;,
Kata Terbitan : berulat,

Puisi
 

Sakit gigi dimakan ulat,
     Tinggal sebatang dua batang;
Tuan benci aku meluat,
     Tuan kasih aku sayang.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seperti ulat lupakan daun.

Bermaksud :

Melupakan kebaikan orang kepadanya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai ulat nangka terhempas ke batu.Tidak serik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ulat lupakan daun.Melupakan kebaikan orang kepadanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melihat ulat.Sangat benci.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Korek lubang ulat.Sengaja mencari perselisihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengorek lubang ulat.Sengaja mencari sebab untuk bertengkar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggeletik-geletik bagai ulat nangka (= cempedak).Sangat gelisah. geletik = meronta-ronta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terloncat-loncat bagai ulat pinang.Sangat gelisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai dekan di bawah pangkal buluh.Pandai menyembunyikan rahsia. dekan = ulat yang makan buluh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berulat mata melihat.Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas