| Ulat lupakan daun. | Lupa akan budi baik orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ulat dalam batu pun hidup juga. | Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ulat nangka terhempas ke batu. | Tidak serik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ulat lupakan daun. | Melupakan kebaikan orang kepadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melihat ulat. | Sangat benci. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Korek lubang ulat. | Sengaja mencari perselisihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengorek lubang ulat. | Sengaja mencari sebab untuk bertengkar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggeletik-geletik bagai ulat nangka (= cempedak). | Sangat gelisah. geletik = meronta-ronta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terloncat-loncat bagai ulat pinang. | Sangat gelisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun. | Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |