Habis manis sepah dibuang. | Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. | Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. | Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok. | Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sayang kaki pada terompah. | Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti antah lemukut, berguna dilapar perut. | Barang yang tidak berharga tetapi dalam keadaan terdesak terpaksa digunakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah. | Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak usah bimbang, gula di dalam mulut, bila hendak telan, telan. | Barang yang sudah ada di dalam tangan, bila suka boleh digunakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |