Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihajati

Peribahasa

Meniup suling berbunyi bangsi,
     maka bangsi itu terpatah-patah.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ada seperti tampaknya apung-apung.Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meniup suling berbunyi bangsi, maka bangsi itu terpatah-patah.Lain yang dihajati, lain yang diperoleh dan yang diperoleh itu pun tidak pula sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit.Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka.Lain yang dihajati, lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas