Seperti dijilat lebai. | Licin tandus; habis sama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Juadah sudah dijilat cicak. | Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah diludah dijilat kembali (= balik). | Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah arang-arang, hendak minyak pula. | Dulu dikeji, sekarang dipuji. (Bandingkan dengan: Sudah diludah dijilat kembali [= balik]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |