| Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sarang tabuhan jangan dijolok. | Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin. | Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |