| Dijual sayak, dibeli tempurung. | Yang baru tidak berbeza daripada yang lama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah dijual maka dibeli. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai galah dijual. | Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti beras lembab: dijual tak laku, ditanak tak muai. | Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. | Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa menunjukkan bangsa. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |