Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikandung

Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Hidup dikandung adat,
     mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

 

Lihat selanjutnya...(7)

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah.Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan mengambang dikandung awan.Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selama hayat dikandung badan.Selama masih hidup.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas