Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ke.hen.da.ki]/[di.ke.hen.da/.ki] | دکهندقي

Definisi : diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikehendaki

Peribahasa

Mengail yu dapat setoka.

Bermaksud :

Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kucing menjemput api.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengail yu dapat setoka.Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum duduk berlunjur dulu.Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak air pancuran terbit.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak ulam, pucuk menjulai.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Pucuk dicita ulam tiba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pucuk dicita ulam tiba.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak air pancuran terbit, b. Hendak ulam, pucuk menjulai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumur digali air terbit.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tanam cempedak, tumbuh nangka.Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi.Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas