| Bersalai tidak berapi. | Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Samir tak habis, kajang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). samir = daun nipah yang dikeringkan dipakai untuk menutup muatan: kajang = sebangsa tikar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |