Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya. | Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musuh dalam selimut. | Musuh yang tiada diketahui, yang sangat dekat atau yang ada dalam lingkungan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pencuri dalam selimut. | Musuh yang tiada diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh. | Pandai berkata-kata; arif bijaksana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan. | Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyimpan embacang masak. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah berbau bagai embacang. | Rahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tercium baunya. | Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tikus membaiki labu. | Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |