| Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki. | Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggi disusupi, rendah dilangkahi. | Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi. | Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mandi dalam cupak. | Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |