Besi baik tiada berkarat. | Budi baik tidak dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. | Tak pernah dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyeruduk (= menyuruk) galas lalu. | Sambil bersenang-senang, tetapi tujuan tak dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kotor dicuci, berabu dijentik. | Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. | Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |