Biar dahi berluluk, asal tanduk mengena. | Biar bekerja bersusah payah asal yang dimaksudkan tercapai. berluluk = berlumpur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan liat kurang panggang. | Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat. | Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas. | Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju. | Suatu pekerjaan yang dikerjakan tanpa ilmu, tentu tidak akan sampai kepada yang dimaksudkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |