Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jari kudung dimasukkan cincin. | Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Longgar sendat, lapang bertukul. | Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. | Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |